Description
KITAB MUKTABAR, ULAMA AGUNG
Kehebatan kitab ini sesuai dengan keindahan namanya. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para ulama dan orang Islam di seluruh dunia. Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.
RUJUKAN SAHIH, PETUNJUK YANG SEBENAR
Rujukan yang sahih adalah petunjuk yang benar. Kitab ini mendapat kedudukan yang tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Riyadus Solihin menghimpunkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih dalam membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Tiga topik ini sangat penting dan menjadi asas keimanan kita.
Lebih-lebih lagi kita berada pada akhir zaman. Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Untuk mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu, kitab ini boleh menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
AMALKAN SUNNAH, JAUHI BIDAAH
Perkara sunnah dan bidaah bercampur-baur dalam kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi apabila kita berada pada akhir zaman. Dengan kecetekan ilmu, kita sukar membezakan antara sunnah dan bidaah. Begitu juga dengan hadis. Kebanjiran hadis palsu mendatangkan kekeliruan dalam beragama. Bagi mengelakkan kita lemas dalam lautan ilmu atau sesat dalam kejahilan, kitab ini dapat menjadi pembimbing dan penyelamat kita.
TAMAN ORANG SOLEH
Itulah makna bagi Riyadus Solihin, “Taman Orang Soleh”. Kitab ini ditujukan khas oleh penulisnya, Imam Nawawi kepada seluruh umat Islam. Himpunan ayat al-Quran dan hadis sahih menjadi siraman rohani yang membenihkan amal dan menyuburkan iman. Sesuai dengan namanya yang indah, kitab Riyadus Solihin ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Semuanya berlaku dengan izin Allah.
SATU RUMAH, SATU RIYADUS SOLIHIN
Rumah kita yang dianggap sebagai syurga sangat sesuai sekiranya dihiasi dengan sebuah taman. Maka, Riyadus Solihin, “Taman Orang Soleh” sangat wajar menjadi pelengkap bagi menghiasi rumah kita. Rumah yang dihidupkan dengan bacaan quran dan disuburkan dengan budaya ilmu adalah pakej lengkap sebuah rumah tangga yang bahagia lagi dirahmati Allah.
TERJEMAHAN BAHASA MELAYU
Kitab asal dalam bahasa Arab ini diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Semoga usaha ini dapat menyebarluaskan lagi manfaat dan hikmah yang terkandung dalam kitab ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat melahirkan lebih ramai ilmuwan Islam, generasi yang berilmu serta ulul albab yang akan menjadi khalifah bagi memimpin ummah.
ULAMA AGUNG, GARUDA ISLAM
Imam Nawawi, yang terkenal dengan gelaran Garuda Islam. Beliau adalah anak murid kepada Imam Al-Syafie yang mengasaskan Mazhab Syafie. Imam Nawawi adalah ulama agung yang dikurniakan dengan keluasan ilmu dan kefahaman yang mendalam berkenaan sunnah Rasulullah. Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama Nawa, tidak jauh di luar kota Damsyik (Damascus) di Syria, pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masihi. Gelaran Nawawi berasal daripada nama kampungnya, Nawa.
ILMUWAN & TOKOH ULAMA
Beliau membesar di Nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke Damsyik dan tinggal di sana. Pada awalnya, beliau meminati bidang perubatan, tetapi kemudian menukar fikirannya dan beralih sepenuhnya kepada bidang agama yang diminatinya. Selepas tamat pengajian, beliau terus tinggal di kota itu sambil berkarya dan berkuliah dalam mata pelajaran yang dianggap penting pada masa itu. Beliau kemudian pulang dan menetap di kampung asalnya, Nawa dan meninggal dunia pada usia 46 tahun, tahun 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Sepanjang usianya,beliau tidak pernah berkahwin dan menumpukan seluruh hidupnya dalam agama.
Antara karyanya yang terkenal adalah Riyadus Solihin, Syarah Sahih Muslim, Al-Azhar, Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Al-Irshad wal-Taqrib fi Ulum al-Hadith, dan Al-Minhaj. Karya Syarah Muslim digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang hadis. Manakala, karya al-Minhaj digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang fikah.