Selain dari penerbitan buku dan produk yang ditawarkan, kami juga menyediakan perkhidmatan mereka bentuk grafik. Sehingga kini reka bentuk grafik ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti templat laman web, poster, kulit buku, laman web dan sebagainya. Anda boleh memilih reka bentuk yang bersesuaian dengan projek anda atau melakukannya sendiri dengan menggunakan alatan yang kami sediakan pada harga yang menarik. Tawaran solusi reka bentuk kami adalah mudah. Anda boleh memilih templat grafik yang telah siap tersedia, lakukannya secara kendiri menerusi alatan grafik pro kami atau menempah grafik mengikut spesifikasi anda.

Templat Kulit Buku
Templat Kulit eBuku
Templat Laman Web
Templat Mockup Item
a. Templat Kendiri Kulit Buku / eBuku
Templat buku & eBuku terdiri dari pelbagai saiz seperti A4 8×10″. A5 5×8″, A6 4×5″ dan B6 6×9″. Tulang buku bergantung kepada jumlah muka surat (ketebalan buku) seperti antara 50-100, 101-300, 301-500 dan 501-700.

