Seluruh penduduk Kampung Pasir gempar dengan kemunculan pocong Sutinah yang baru saja dikebumikan. Wak Kosman terjumpa kesan lubang dan tanah digali pada kubur itu. Seorang demi seorang penduduk kampung terserempak dengan pocong Sutinah.
Gangguan yang diterima membuatkan penduduk kampung berada dalam keadaan takut. Malahan terdapat spekulasi di kalangan penduduk kampung mengatakan yang roh Sutinah mahu membalas dendam.
“Saya tak nak kena kacau lagi dengan dia.” – SAMAD









