Menguruskan proses kreativiti dan menangani perubahan yang dibawa dalam organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ia melibatkan domain psikologi yang mempunyai kerumitan tersendiri. Oleh itu, siri e-buku ini dihasilkan untuk mendalami subjek ini secara menyeluruh dengan menyediakan analisis yang seimbang dan menyatakan pandangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan bersama.
Siri 4 mengulas tentang konseptualisasi organisasi kreatif dan bagaimana ia harus berkembang. Perbincangan dari sudut konsep, teori, proses, perspektif psikologi dan kaedah pengurusan diketengahkan supaya pembaca mendapat gambaran tentang konsep kreativiti yang harus diamalkan dalam organisasi. Beberapa kajian kes organisasi kreatif turut dipaparkan daripada contoh kajian ilmiah sebagai rujukan dan panduan.
Writing Tips Made Easy 
















