Menguruskan proses kreativiti dan menangani perubahan yang dibawa dalam organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ia melibatkan domain psikologi yang mempunyai kerumitan tersendiri. Oleh itu, siri e-buku ini dihasilkan untuk mendalami subjek ini secara menyeluruh dengan menyediakan analisis yang seimbang dan menyatakan pandangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan bersama.
Siri 2 mewajarkan metodologi berkaitan kreativiti dan inovasi iaitu dari aspek definisi, tingkah laku yang berkaitan dengannya dan kemahiran yang boleh dicapai melalui aktiviti kreativiti dan inovasi. Melalui siri ini, pembaca akan dapat memahami dengan jelas bentuk atau sifat kreativiti dan inovasi yang menjadi teras untuk diterapkan dalam struktur organisasi. Perkembangannya dari sudut Malaysia turut dibincangkan sebagai perbandingan tempatan. Ini akan memberi gambaran sebenar tentang keupayaan Malaysia menyerap fenomena kreativiti dan inovasi dalam pelbagai sektor, terutamanya pengurusan, perkhidmatan dan pembuatan. Pencapaian Malaysia berbanding negara lain dari segi kreativiti dan inovasi turut diketengahkan sebagai contoh.
Petaka Istana Lama 















