Sebagai menyokong usaha penerbitan dan jualan buku di Malaysia, kami ingin menawarkan satu peluang untuk semua para penulis dari Malaysia akan Program Buku Konsainan (consigment). Program ini akan membolehkan semua penulis yang berminat untuk menawarkan penjualan buku masing-masing menerusi platform RedCili.
Apakah Konsainan?
Dalam konteks program ini konsainan ialah satu pengaturan perniagaan di mana anda sebagai penulis membekalkan buku/bahan bacaan kepada kami sebagai pihak ketiga untuk dijual menerusi platform RedCili. Anda mengekalkan pemilikan buku tersebut dan menerima bayaran selepas buku tersebut berjaya dijual kepada pelanggan dalam tempoh tertentu, manakala kami akan hanya menerima komisen dari jualan tersebut.
Kadar Konsainan
Kadar lonsainan yang ditetapkan adalah sebanyak 80/20 dimana 80% adalah nilai jualan kepada penulis dan 20% adalah nilai komisyen yang kami terima. Sebagai contoh harga buku anda untuk senaskhah adalah RM40.00 maka sejumlah RM32.00 adalah nilai jualan yang anda terima dan RM8.00 adalah komisyen yang kami perolehi.
*Adalah menjadi tanggungjawab konsaini untuk menetapkan kadar jualan buku yang munasabah dengan mengambil kira semua kos yang terlibat termasuklah proses penghantaran buku kepada kami.
Format Buku
Format buku yang diterima adalah dalam bentuk Buku fizikal (format bercetak) dan eBuku (format Pdf), pelbagai saiz dan memenuhi genre yang kami tetapkan dalam laman web ini.