Bilangan penerbitan buku sangatlah tinggi yang mencapai jutaan naskhah di seluruh dunia termasuklah di dalam format digital. Walaupun jumlah ini semakin menurun kerana saingan teknologi, buku berbentuk cetakan masih mendapat tempat di kalangan pembaca. Oleh itu terdapat keperluan dari pembaca tradisi untuk mendapatkan judul buku yang diinginkan tapi tiada pembekal atau penjual yang mampu menghimpunkan semua buku di dalam suatu tempat. Malah mungkin ada judul buku yang anda inginkan tapi tiada di dalam koleksi kami, telah kehabisan stok atau dalam proses penerbitan baru. Takper, apa kata kongsi dengan kami kerana mungkin kami dapat tolong carikan serta buat pra-pesanan untuk anda dengan mengisi borang Pra-Pesanan Pengesanan dibawah. (Jangan bimbang, pra-pesanan tidak akan dilakukan tanpa persetujuan anda terhadap tawaran harga dan masa penghantaran.)
Borang Pra-Pesanan & Pengesanan
Sila isi borang ini dengan penuh supaya kami mendapat info yang tepat untuk memudahkan pencarian.
Soalan Lazim
Apakah Pra-Pesanan?
Pra-Pesanan adalah kaedah pesanan terhadap item (dalam konteks ini adalah buku) yang akan diterbitkan pada kehadapan, kehabisan stok atau tiada dalam koleksi kami.
Bagaimana proses pra-pesanan dilakukan?
Ia dilakukan menerusi proses berikut :
- Anda mengisi borang Pra-Pesanan & Pengesanan buku yang anda inginkan.
- Kami membuat carian judul buku berdasarkan info yang anda bekalkan. Pengesanan dilakukan dari pembekal/penerbit berkaitan.
- Kami tawarkan pesanan buku tersebut kepada anda menerusi emel. Jika anda bersetuju dengan tawaran tersebut, anda perlu jelaskan bayaran pra-pesanan sebagai jaminan pembelian.
- Kami akan membuat pesanan kepada pihak berkenaan.
- Buku tersebut akan dihantar ke alamat penghantaran yang anda tetapkan.
- Selesai
Jika buku itu berada di luar negara, boleh anda dapatkan untuk saya?
Sudah tentu tetapi bergantung kepada lokasi dan kos penghantaran, ia mungkin akan mengambil masa dan kos yang tinggi. Kami akan cuba mendapatkannya di Malaysia terlebih dahulu dan menganjurkan tawaran pesanan dengan kos yang paling terendah.
Adakah anda mengenakan kos tambahan untuk buku pra-pesanan?
Bagi tujuan situasi menang-menang (win-win situation), kami hanya mengenakan tambahan fee 10% untuk proses pencarian & pesanan buku mengikut harga yang ditawarkan oleh pembekal luar. Contoh : Kos buku – RM45.00 (termasuk kos penghantaran dari pembekal) + Fee Tambahan RC (Fee 10%) = Kos Sebenar – RM49.50 sahaja. (Percuma kos penghantaran kepada anda!)
Adakah ia mengambil masa lama?
Bergantung kepada lokasi buku, proses pengesanan, penawaran harga dengan penerbit/pembekal ketiga dan penawaran pra-pesanan kepada anda, ia mungkin akan mengambil masa antara 5 hingga 14 hari atau lebih. Buku yang akan diterbitkan mempunyai masa kehadapan tertentu yang telah ditetapkan dan mungkin akan mengambil lebih masa dari yang dinyatakan.
Tip Pra-Pesanan
- Sila lakukan carian secara kendiri berkaitan judul buku yang anda cari dan buat perbandingan dari beberapa sumber terutamanya membabitkan kos buku, kos penghantaran, format dan edisi. Anda boleh syorkan kepada kami sumber yang anda pilih sebagai rujukan kami.
- Awasi dengan penipuan yang menawarkan harga murah (luar biasa murahnya!) kerana ia mungkin scam.
- Semak butiran buku yang anda inginkan kerana ia mungkin berbeza dari judul sebenar. (Tahukah anda keberangkalian judul buku yang sama tetapi berbeza pengarang adalah tinggi). Kaedah yang paling selamat, semak dengan menggunakan nombor ISBN!