Perkhidmatan Pengeditan Manuskrip

Perkhidmatan pengeditan atau penyuntingan manuskrip ini menawarkan penggilapan bahasa secara profesional, penambahbaikan struktur dan kepakaran subjek untuk membantu anda khususnya penulis memperhalusi karya mereka (kertas kerja, tesis, buku) untuk penerbitan, memastikan kejelasan, ketepatan dan pematuhan kepada piawaian tertentu. Perkhidmatan ini meliputi kerja-kerja pemformatan dari format asal, semakan bahasa dari segi nahu, susunan dan ejaan perkataan, pembacaan pruf, terjemahan dan penulisan semula yang mendalam.

Teknologi A.I dan Pengeditan

Kami tidak menafikan keperluan teknologi Kecerdasan Buatan atau A.I dalam suasana indusri pembukuan hari ini kerana semakin ramai penulis yang berarah kepadanya untuk berkarya. Namun teknologi A.I tidaklah sempurna dalam mengadaptasi emosi dan psikologi di dalam sesebuah karya. Terdapat ruang yang masih perlu disentuh oleh tangan manusia untuk memperlengkapkannya supaya sesebuah karya memiliki nadi yang dapat dirasai oleh para pembaca. Oleh itu perkhidmatan ini diharapkan dapat memberi impak dari segi aturan bahasa yang terbaik, menambah baik pembacaan dan memberi kefahaman penceritaan yang bersifat kemanusiaan terhadap karya anda.

Tempahan Pengeditan

Sila isikan pilihan kerja pengeditan anda menerusi borang tempahan pengeditan manuskrip. Setiap tempahan akan diproses setelah pembayaran dilakukan dan tempahan disahkan.