Mastika merupakan satu majalah kecil popular di kalangan pembaca yang gemarkan cerita misteri, kemanusiaan, iktibar dan pengajaran. Berkonsepkan bacaan ringan, ia sangat popular sekitar tahun 1990an. Ia adalah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan di Malaysia dan merupakan majalah tertua di Malaysia. Ia mula diterbitkan pada 1 Jun 1941 di Singapura dan menjadi majalah pertama terbitan Utusan Melayu Press. Penerbitan bercetaknya telah berakhir pada November 2018 dan bermula 2021, Mastika diterbitkan secara digital. Mastika bercetak kini menjadi rebutan pengumpul bahan bacaan kerana masih memiliki keunikan tersendiri dari segi isi kandungan.
Kondisi : 5/10 (Semak Kondisi)









