Bundle Novel RAM-Ramlee Awang Mursyid
Novel RAM Bundle
2 Item 8% Diskaun
2 dalam stok
Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga 1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Beliau pernah melibatkan diri dalam teater sejak zaman remaja lagi. Beliau banyak memainkan peranannya sebagai seorang pengarah, penulis dan juga pelakon. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan RTM selama lebih 20 tahun bermula 1986. Tugasan kewartawanan ada kalanya membawa Ramlee menjelajah ke pelbagai negara dan menjadi penyumbang besar terhadap karya-karyanya. Sebahagian hasil tulisannya yang berlatarkan negara luar seperti Jepun adalah diinspirasikan daripada pengalamannya.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002
Tahun Terbitan : Bercampur
Edisi : Pelbagai
No. Siri : –
ISBN : –
Kondisi : Baru














