Polisi Penghantaran
A. Pendahuluan
Kemaskini Terakhir: Mac 09, 2022
Polisi Penghantaran ini adalah urus tadbir penggunaan tapak web kami yang terletak di redcili.com (bersama-sama atau secara individu “Perkhidmatan”) yang dikendalikan oleh RedCili Media. Ia merangkumi apa jua hal berkaitan dengan kaedah, cara, proses, tempoh dan tanggungjawab kami dan anda untuk memastikan Perkhidmatan ini berjalan lancar.
Perjanjian anda dengan kami adalah termasuk Polisi ini (“Perjanjian”). Anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Perjanjian, dan bersetuju untuk terikat dengannya. Jika anda tidak bersetuju dengan (atau tidak boleh mematuhi) Perjanjian, maka anda tidak disarankan untuk membeli/melanggan apa-apa daripada laman web kami. Dasar ini terpakai kepada semua pelawat, pengguna dan orang lain yang ingin mengakses atau menggunakan Perkhidmatan.
Intepretasi dan Definasi
Untuk Polisi Penghantaran ini :
- Anda bermaksud individu yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, atau syarikat, atau entiti lain yang memilikii legaliti secara bagi pihak yang mana individu tersebut mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, mengikut mana yang berkenaan.
- Syarikat (dirujuk sama ada “Syarikat” atau “Kami” dalam Perjanjian ini) merujuk kepada RedCili Media.
- Barangan merujuk kepada item yang ditawarkan untuk dijual pada/dalam Perkhidmatan.
- Pesanan bermaksud permintaan oleh Anda untuk membeli Barangan daripada Kami.
- Perkhidmatan merujuk kepada perkhidmatan Laman Web.
- Laman web merujuk kepada redcili.com (bersama atau secara individu “Perkhidmatan”) yang dikendalikan oleh RedCili Media.
- Penghantaran merujuk kepada perkhidmatan penghantaran item pesanan kepada anda mengikut ketetapan yang dipersetujui antara anda, Kami dan perkhidmatan kurier terpilih.
B. Pengaktifan Penghantaran
Penghantaran item yang dipesan menjadi aktif setelah pengesahan transaksi pesanan dilakukan oleh sistem terhadap pesanan anda. Ia boleh berlaku secara penghantaran atas talian bagi item berbentuk elektronik (tidak ketara) atau penghantaran secara fizikal bagi item berbentuk fizikal (ketara). Kedua kaedah ini mempunyai proses yang berbeza dan anda perlu memahami perbezaan diantaranya. Lihat Proses Penghantaran.
C. Masa Pemprosesan Penghantaran
- Secara umumnya, masa proses penghantaran bagi pesanan berbentuk elektronik akan dilakukan secara Automatik dan hampir serta merta (bergantung kepada ketetapan item yang dinyatakan). Manakala untuk pesanan berbentuk fizikal, ia akan diproses dalam masa 1 – 2 hari bekerja (pada situasi keadaan biasa). Proses ini adalah meliputi penghantaran (drop off) bungkusan anda kepada pihak perkhidmatan kurier. Proses penghantaran oleh kurier akan mengambil masa antara 3 – 10 hari bergantung kepada situasi semasa, lokasi penghantaran dan dasar perkhidmatan kurier.
- Pesanan tidak dihantar atau dihantar pada hujung minggu atau cuti. Jika Kami mengalami jumlah pesanan yang tinggi, penghantaran mungkin ditangguhkan selama beberapa hari. Sila berikan masa tambahan dalam transit untuk penghantaran.
- Jika terdapat kelewatan yang ketara dalam penghantaran pesanan anda kepada kurier berkenaan, Kami akan menghubungi Anda melalui e-mel atau telefon
- Masa penghantaran ke lokasi iaitu dalam lingkungan Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak adalah berbeza.
Lihat Proses Penghantaran untuk maklumat mengenai proses penghantaran secara tepat.
D. Kadar Penghantaran
- Caj penghantaran untuk Pesanan Anda akan dikira dan dipaparkan semasa pembayaran.
- Anda boleh memilih kurier yang dingini (jika dipaparkan oleh sistem) semasa proses pembayaran dilakukan. Anda juga boleh memilih kadar penghantaran Setara dan kami akan memilih kurier yang bersesuaian untuk pesanan anda.
- Buat masa sekarang, kami menghantar pesanan anda menerusi kurier rasmi kami samada menerusi NinjaVan, J&T Express atau PosLaju. Kami juga mungkin bertukar kepada perkhidmatan kurier lain atas pertimbangan ketersediaan dan kadar semasa, tanpa notis selanjutnya.
Lihat Zon Penghantaran dan Kadar untuk lebih lanjut.
E. Pengesahan penghantaran & Penjejakan
Anda akan menerima E-mel Pengesahan Penghantaran sebaik sahaja Pesanan Anda dihantar yang mengandungi nombor penjejakan anda. Nombor penjejakan akan aktif dalam masa 24 jam. Anda boleh mengesan pesanan anda menerusi laman Jejak Pesanan atau terus ke halaman rakan penghantaran kami di pautan berikut : EasyTrack
F. Keciciran Penghantaran
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang produk yang rosak atau hilang semasa penghantaran. Jika Anda berhadapan dengan isu tersebut, sila hubungi syarikat penghantaran untuk memfailkan tuntutan. Sila simpan semua bahan pembungkusan dan barangan yang rosak sebelum memfailkan tuntutan.