View Categories

Proses Penghantaran

6 min bacaan

A. Pendahuluan

Secara umumnya, proses penghantaran bagi setiap pesanan yang disahkan menerusi laman web kami akan di proses menerusi 2 kaedah utama iaitu secara atas talian dan penghantaran fizikal. Bergantung kepada item/buku/perkhidmatan yang anda pesan, setiap penghantaran akan memiliki butiran pesanan unik bagi tujuan keselamatan dan pengesahan penghantaran. Antaranya adalah nombor pesanan, nombor inbois dan nombor pengesanan.

B. Penghantaran Secara Atas Talian

Bagi pesanan berbentuk elektronik seperti eBuku, Templat, Kad Hadiah, Langganan dan seumpamanya, penghantaran akan dilakukan secara Automatik dan dalam tempoh yang singkat. Bergantung kepada tempoh masa yang dinyatakan bagi setiap produk elektronik, ia akan diuruskan oleh sistem yang berkaitan dengannya dan disalurkan menerusi pautan atau pengaktifan sesuatu perkhidmatan. Anda dipohon untuk memastikan penghantaran item menerusi proses ini dengan merujuk atau menyemak emel/pautan di dalam akaun untuk mengesahkan proses penghantaran telah dilakukan dengan efisyen.

Item yang terlibat menerusi kaedah ini adalah :

  • eBuku – Penghantaran eBuku secara muat turun akan dihantar secara Automatik sebaik sahaja proses pembayaran selesai. Anda boleh menyemak Akaun > Muat Turun untuk mendapatkan eBuku yang dipesan.
  • Kad Hadiah – Penghantaran kad akan disalurkan kepada penerima menerusi emel secara Automatik sebaik sahaja proses pembayaran selesai. Penerima boleh menyemak emel dan menggunakan kod yang dikepilkan untuk tujuan tuntutan semasa proses pembayaran dilakukan terhadap item yang dipesan.
  • Langganan – Setiap item langganan yang anda pilih adalah berdasarkan tempoh langganan yang ditetapkan. Pengaktifan langganan anda akan dilakukan secara Automatik sebaik sahaja proses pembayaran selesai. Emel pengesahan langganan dan pautan ke item yang dilanggan juga akan dimaklumkan menerusi emel.
  • Templat – Item berkaitan dengan bentuk templat termasuklah kulit eBuku dan Buku, Mockup dan Laman Web. Kesemua item akan di proses penghantaran sebagaimana proses penghantaran muat turun eBuku dilakukan.
  • Editor – Proses penghantaran terhadap pesanan menerusi Editor atau kulit Buku juga akan dilakukan sepertimana proses penghantaran menerusi Templat. Apa yang berbeza hanya proses reka cipta templat dilakukan oleh anda sendiri dan walaupun templat yang diwujudkan belum dipesan secara rasmi, ia boleh dilihat sebagai rujukan menerusi pautan Reka Cipta Saya.

C. Penghantaran Secara Fizikal

Secara umumnya, semua penghantaran secara fizikal dilakukan menerusi kurier darat kecuali ke Sabah & Sarawak. Buat masa sekarang, kami menghantar pesanan anda menerusi kurier rasmi kami samada menerusi NinjaVan, J&T Express atau PosLaju. Kami juga mungkin bertukar kepada perkhidmatan kurier lain atas pertimbangan ketersediaan dan kadar semasa, tanpa notis selanjutnya.

i. Tempoh Penghantaran

Dalam keadaan biasa, semua pesanan fizikal akan diproses dan sedia untuk dihantar dalam tempoh 1-3 hari bekerja. Namun jika masa pesanan berlaku pada hari cuti minggu/peristiwa atau cuti umum, tempoh penghantaran akan dilakukan dalam masa 3-5 hari atau lebih bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan kurier. Oleh itu tiada polisi penghantaran pada hari yang sama dijalankan (tiada isu masa pesanan dilakukan) kerana setiap pesanan akan dihantar pada hari berikutnya atau pada hari perkhidmatan kurier berlangsung. Sila lihat jadual dibawah sebagai rujukan.

SituasiRedCili kepada KurierDihantar oleh KurierHari Yang Sama
Keadaan biasa1-2 hari berkerja3-7 hari berkerjaX
Cuti Umum, Minggu & Peristiwa3-5 hari berkerja7-10 hari berkerjaX
Luar biasa6-10 hari berkerja> dari 15 hari berkerjaX

Kami juga tidak menyediakan penghantaran secara kendiri iaitu anda yang berdekatan dengan lokasi kami untuk mengambil sendiri item yang dipesan.

a. Semenanjung Malaysia

Untuk pesanan di Semenanjung Malaysia, kami akan menghantar melalui kurier untuk pesanan yang beratnya tidak melebihi 1kg secara bungkusan parsel. Namun jika ia melebihi 1 kg, ia akan dihantar dalam bentuk pembungkusan berbentuk kotak kadbod.

b. Sabah & Sarawak

Bagi Sabah dan Sarawak, kami akan membuat penghantaran secara pembungkusan parsel untuk pesanan yang beratnya tidak melebihi 500g dan secara berkotak kadbod untuk pesanan yang beratnya melebihi 500g menerusi kurier. Namun kadar yang lebih tinggi akan dikenakan kerana kadar kos ditetapkan oleh pihak perkhidmatan kurier.

c. Luar Negara

Semua penghantaran secara fizikal ke luar negara belum dilaksanakan pada masa sekarang kerana pesanan hanya boleh dilakukan di Malaysia sahaja. Namun kami pasti sedang berusaha untuk menyediakan perkhidmatan ini pada masa hadapan.

ii. Kaedah Penghantaran

Semua penghantaran secara fizikal akan dilakukan menerusi bungkusan berbentuk parsel atau kotak mengikut saiz item yang dipesan. Sebagai langkah keterjaminan kualiti item, ia akan dibekalkan bersama bahan pelindung dalaman seperti bubble wrap, beg udara, atau pelet styrofoam bagi mengelakkan kerosakan semasa penghantaran. Pelekat ‘Fragile’ akan dilekatkan pada bungkusan sebagai peringatan tambahan kepada penghantar kurier untuk memastikan item anda sentiasa dilindungi.

iii. Kos Penghantaran

Kadar kos penghantaran akan diambil kira secara automatik semasa proses pengesahan dan pembayaran dilakukan. Secara umumnya kos penghantaran akan berdasarkan kepada kadar timbangan item yang dipilih dan lokasi penghantaran.

  • Jumlah kadar kos penghantaran bagi Semenanjung Malaysia bagi kadar timbangan kurang dari 1kg adalah RM6.50 dan sehingga 30kg adalah RM30.00.
  • Jumlah kadar kos penghantaran bagi Sabah & Sarawak bagi kadar timbangan kurang dari 1kg adalah RM13.00 dan sehingga 30kg adalah RM283.00.
  • Lihat Zon Penghantaran dan Kadar untuk lebih lanjut

Kadar kos seperti yang dinyatakan adalah fleksibel dan bergantung kepada situasi/kadar semasa yang ditetapkan oleh pihak perkhidmatan kurier.

iv. Penghantaran PERCUMA

Dari masa ke semasa, RedCili akan menawarkan subsidi Penghantaran PERCUMA berdasarkan kepada situasi atau promosi semasa. Promosi masa kini ditawarkan untuk semua destinasi iaitu apabila anda berbelanja RM80 dan ke atas bagi item/buku berbentuk fizikal.

v. Keciciran Penghantaran

Kami sangat berhati-hati dalam memastikan pesanan anda dihantar dengan selamat dan dihantar ke alamat yang diberikan. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja bungkusan pesanan anda sah disalurkan kepada perkhidmatan kurier berkenaan; RedCili tidak lagi bertanggungjawab atas sebarang kehilangan, kecurian, keciciran atau salah letak bungkusan. Ini adalah kerana ia diluar kawalan kami dan ia bergantung kepada polisi atau terma pihak ketiga (perkhidmatan kurier) apatah lagi setelah pesanan tersebut disahkan sebagai Telah Dihantar (Delivered) oleh kurier (dengan bukti penghantaran).

Namun jika berlakunya keciciran semasa atau selepas penghantaran dilakukan, kami mengesyorkan kepada anda untuk mengambil langkah berikut:

  • Semak dengan ahli isi rumah atau jiran sekiranya ia diterima bagi pihak anda.
  • Sahkan lokasi penghantaran dengan menyemak butiran penjejakan yang diberikan.
  • Hubungi perkhidmatan kurier secara langsung untuk bertanya tentang pengesahan penghantaran atau memfailkan tuntutan untuk bungkusan yang hilang.

Malangnya, sebagai perniagaan kecil, kami tidak dapat menggantikan atau membayar balik pesanan yang telah berjaya dihantar mengikut maklumat penjejakan. Walau bagaimanapun, kami sangat menghargai pelanggan kami dan menggalakkan anda untuk menghubungi kami—kami dengan senang hati akan membantu dalam apa jua cara yang kami boleh, seperti membimbing anda melalui proses tuntutan dengan kurier atau menawarkan kredit kecil sebagai isyarat sokongan kepada isu anda.

D. Penjejakan Penghantaran

Setiap penghantaran samada menerusi atas talian atau secara fizikal akan dibekalkan dengan pautan penghantaran atau nombor penjejakan. Pautan penghantaran ke pautan Muat Turun akan disematkan setelah transaksi pembayaran sah dilakukan menerusi penghantaran atas talian. Pesanan secara atas talian sah dihantar setelah sistem menghidupkan pautan Muat Turun atau mengaktifkan pesanan berbentuk atas talian.

Sementara bagi penghantaran berbentuk fizikal pula, satu nombor pengesanan akan dibekalkan oleh pihak perkhidmatan kurier setelah bungkusan pesanan anda telah sah dihantar kepada perkhidmatan kurier berkaitan. Sila gunakan Nombor Pengesanan ini bagi tujuan mengesan bungkusan anda semasa proses penghantaran berlangsung sehinggalah bungkusan anda selamat sampai ke tangan anda. Proses pengesan ini oleh dilakukan menerusi laman web penjejakan perkhidmatan kurier berkenaan atau melalui pautan penjejakan kami di : Jejak Pesanan

Semak Langkah Sebelum Penerbitan
Jika anda belum bersedia dengan manuskrip anda, tutup semakan langkah ini. Klik pada X
Semak Langkah Sebelum Penerbitan
Jika anda belum bersedia dengan manuskrip anda, tutup semakan langkah ini. Klik pada X
Kondisi Buku
Buku Terpakai & Langka kami dipilih berdasarkan kondisi buku, populariti, kelarisan, tahun penerbitan dan permintaan. Oleh itu keadaan mereka mungkin sedikit merosot tetapi masih dalam keadaan baik dan boleh dibaca. Semua halaman dan penutup adalah utuh. Tulang belakang mungkin menunjukkan tanda haus, berwarna coklat, muka surat koyak, tanda tulisan oleh pemilik terdahulu dan sebagainya. Sila semak kriteria penarafan berikut untuk memastikan kondisi setiap buku jika berkenaan.
  • 10 : Seperti Baru: Buku ini berada dalam keadaan rapi yang sama seperti semasa ia diterbitkan. 
  • 8-9 : Sangat Baik - Buku ini menghampiri keadaan Seperti Baru, tetapi tidak segar. Buku itu mungkin telah dibuka dan dibaca, tetapi tiada kecacatan pada buku, jaket atau muka surat.
  • 6-7 : Baik - Menggambarkan buku yang menunjukkan beberapa tanda kecil haus – tetapi tiada koyak – sama ada pada jilid atau kertas. Lusuh dan kertas kekuningan.
  • 4-5 : Sederhana (G): Menerangkan purata buku usang terpakai yang mempunyai semua halaman atau daun hadir. Lusuh dan kertas keperangan kurang dari 50%.
  • 2-3 : Usang - Buku usang yang mempunyai halaman teks lengkap tetapi mungkin kekurangan kertas akhir, separuh tajuk, dsb. Lusuh dan kertas keperangan lebih dari 50%.
  • 1 : Lemah: Menggambarkan buku yang cukup dipakai. Mana-mana peta atau plat yang hilang masih perlu diberi perhatian. Salinan ini mungkin kotor, tercalar, bernoda atau bertompok dan mungkin mempunyai sambungan longgar, engsel, muka surat, dsb. Lusuh dan kertas keperangan pada keseluruhan buku.
* Anda dinasihatkan untuk membuat penilaian berdasarkan pengkadaran kondisi yang dinyatakan bagi setiap item/buku sebelum membuat pesanan. Sebarang pesanan buku terpakai tidak diletakkan dibawah polisi kembalian terutama berkaitan kondisi item/buku.

Our Used & Rare Books are selected based on book condition, popularity, best-selling, year of publication and demand. Therefore, they may be slightly deteriorated but are still in good, readable condition. All pages and covers are intact. Spines may show signs of wear, browning, torn pages, writing marks from previous owners, etc. Please review the following rating criteria to determine the condition of each book where applicable.
  • 10 : Like New: The book is in the same pristine condition as when it was published. 
  • 8-9 : Very Good - The book is near Like New, but not fresh. The book may have been opened and read, but there are no defects to the book, jacket, or pages.
  • 6-7 : Good - Describes a book that shows some minor signs of wear – but no tears – to either the binding or paper. Worn and yellowed paper.
  • 4-5 : Fair (G): Describes an average used book that has all pages or leaves present. Worn and browned paper less than 50%.
  • 2-3 : Worn - A worn book that has complete text pages but may be missing endpapers, half-titles, etc. Worn and browned paper more than 50%.
  • 1 : Poor: Describes a book that has been fairly well used. Any missing maps or plates still need attention. This copy may be dirty, scratched, stained or spotted and may have loose joints, hinges, pages, etc. Worn and browned paper throughout the book.
    Book Conditions

      Troli Belian0
      Tiada item dalam troli!
      Teruskan Belian
      0