Menguruskan proses kreativiti dan menangani perubahan yang dibawa dalam organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ia melibatkan domain psikologi yang mempunyai kerumitan tersendiri. Oleh itu, siri e-buku ini dihasilkan untuk mendalami subjek ini secara menyeluruh dengan menyediakan analisis yang seimbang dan menyatakan pandangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan bersama.
Pelbagai siri pencapaian manusia yang bersandarkan kepada teknologi industri ini telah membentuk apa yang tersedia pada hari ini menerusi evolusi penciptaan yang berterusan dan inovasi yang mendominasi pendekatan manusia menghasilkan sesuatu keperluan mengikut peredaran masa. Ini termasuklah perspektif kapasiti masa kini dan masa hadapan yang merujuk kepada ambiguiti teknologi dari segi skala, skop dan kekompleksan. Sehubungan dengan itu eBuku ini mengulas cabaran mendepani Revolusi Industri dalam konteks kreativiti dan inovasi yang dijangka akan memberi tekanan kepada pengadaptasian sepenuhnya teknologi dalam pelbagai peringkat pengurusan manusia. Malah keseimbangan dalam mengamalkan kemahiran kreativiti berdasarkan teknologi revolusi ini juga perlu diberi perhatian kerana jika tidak terkawal akan menjadikan sesebuah organisasi kehilangan imej atau arah tuju.
Untamed Melody
Reilly's Woman 

















