Menguruskan proses kreativiti dan menangani perubahan yang dibawa dalam organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana ia melibatkan domain psikologi yang mempunyai kerumitan tersendiri. Oleh itu, siri e-buku ini dihasilkan untuk mendalami subjek ini secara menyeluruh dengan menyediakan analisis yang seimbang dan menyatakan pandangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan bersama.
Siri 3 membawa fokus pembaca kepada revolusi pemikiran dari aspek pengurusan yang menjadi asas kepada keperluan kemahiran kreativiti dan inovasi. Hubungan organisasi dan kreativiti yang saling memerlukan antara satu sama lain turut dijelaskan supaya pembaca dapat mengaitkan penyesuaiannya dalam struktur organisasi yang kompleks, memahami kepentingan organisasi melaksanakan transformasi dan intervensi kreatif yang boleh diaplikasikan. Selain itu, elemen modal intelek dan kecekapan sumber manusia turut dibincangkan sebagai topik perbincangan kerana ia merupakan asas tingkah laku kreatif dalam organisasi yang paling penting tetapi sering diabaikan.
















